Ni gambar masa akad nikah tahun 2008..
Nak tergelak masa ni sebab mula-mula tu macam tak boleh nak sarungkan cincin kat suami. Tak reti sarungkan cincin kat orang :p. Nak cover rasa gabra pun ye jugak tu sebab takut cincin tu tak muat (nasib baik muat!)..hihi..
Kami mula kenal di USM. Sama-sama belajar kat situ tapi dalam jurusan yang berlainan. Seingatnya, mula-mula kenal masa kami join program yang sama tapi tak sangka la pulak rupanya ada jodoh antara kami berdua. Saya ni pendiam dan pemalu orangnya...tu yang tak sangka dia boleh terperasan kewujudan saya ^_^. Kami ditunangkan pada 2 Jun 2007 dan dinikahkan pula pada 29 Mac 2008. InsyaAlah hujung bulan 3 tahun ni genap la 3 tahun usia perkahwinan kami. Mudah-mudahan ikatan antara kami kekal sehingga ke akhir hayat..ameen..
1 comment:
Alhmdulillah, ye la masa mula2 tu mmg malu + gabra, tp seronok kan bila dikenang..
Ok, penyertaan lulus & Gud Luck ye..
Post a Comment