Saya join contest ni!
Saya masih ingat lagi masa Mother's Day tahun lepas. Saya tengah sibuk mengemas dapur masa tu...kami baru je lepas makan tengahari, tiba-tiba suami saya kata dia nak bawak Safiyyah (anak sulung kami, masa tu umurnya baru setahun lebih) jalan-jalan kat bawah. Kesian katanya sebab dah beberapa hari tak bawak Safiyyah ambil angin kat luar. Saya biarkan aje la, tak syak apa-apa pun. Anehnya, saya dah siap kemas dapur, suami saya tak naik-naik lagi. Saya pun intai la kat tingkap...tengok-tengok kereta suami saya tak ada kat tempat parking! Geram masa tu tau. Ye la, kata nak bawak Safiyyah kat bawah je. Ni kalau naik kereta mesti la dia bawak Safiyyah jalan jauh sikit. Kalau tahu, saya nak ikut la jugak..huhu..
Tak lama lepas tu suami saya pun balik. Muncung je saya, merajuk :p. Tiba-tiba suami saya kata..
"Nah ummi, Safiyyah ada something nak bagi kat ummi. Happy Mother's Day ummi!"
Rupanya suami saya keluar belikan hadiah sempena Mother's Day untuk saya! Saje la dia gunakan alasan nak bawak Safiyyah jalan-jalan supaya saya tak syak apa-apa. Terharu sangat masa tu. Terus hilang rajuk saya tadi tu pastu menyengih sampai ke telinga..ngee~
Saya perasan suami saya jenis yang menghargai saya sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya. Sejak saya mengandung kali pertama lagi dia dah tunjukkan perasaan kasih tu. Yang paling buat saya terharu dan tak boleh lupa, dia menitiskan air matanya tatkala melihat saya menahan kesakitan yang amat sangat di labor room nak melahirkan Safiyyah masa tu...
Saya dan suami. Mudah-mudahan ikatan suci yang terbina antara kami kukuh dan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami..ameen..
2 comments:
wah romantika betul.. :) best!
syahdunyer...bestnyer dapat suami yg romantik mcm tu..waaaa.. syukur :)
Post a Comment