Saya tag:
- Kakyong
- Kak Nur
Nak join klik banner ye. Tarikh tutupnya: hujung bulan Mei
Antara memori yang tak dapat saya lupa adalah memori di saat melahirkan anak...
Pada pagi 2 Januari 2009, saya ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah dan terus ditahan. Masa tu bukaan baru 3 cm. Jam 10 pagi saya dimasukkan ke labor room. Saya di‘induce’ untuk mempercepatkan kelahiran. Semakin tinggi dos semakin sakit dirasakan. Sampai ke dos 8, tak mampu rasanya lagi menanggung sakit. Menitis air mata suami saya melihat saya dalam kesakitan. Ya Allah…tak tahu bagaimana nak digambarkan rasa sakit tu. Akhirnya saya minta dibiuskan agar rasa sakit tu dapat dikurangkan. Hanya meminta bius biasa, bukan epidural..
Makanan tengahari yang dihidangkan langsung tak dijamah. Selera terus tertutup dek menahan sakit. Nak bercakap pun tak mampu dah. Masa nak masuk waktu Zohor, suami saya menunaikan solat Jumaat di masjid yang terletak bertentangan dengan Az-Zahrah. Hampir jam 2 petang, midwife kelam-kabut mengatakan yang kepala anak saya dah nak keluar...dah crowning! Sungguh saya tak perasan (tak rasa gesaan nak push) sebab tengah mamai akibat kesan ubat tu tadi. Mujur la midwife periksa keadaan saya sebelum dia menunaikan solat Zohor. Terus dipanggil Doktor Noraini.
Dalam pada tu duk mengharap yang suami sempat tengok saya bersalin. 4-5 kali mak saya call suami saya, baru la suami saya jawab. Masa tu baru je selesai solat Jumaat. Tak sempat berdoa, suami saya terus berkejar ke labor room. Sempat juga suami saya berada di labor room pada masanya. Alhamdulillah lepas 3 kali teran, tepat jam 2.23 petang (2 Januari 2009) lahirlah Safiyyah ke dunia...