Gambar Safiyyah dengan buku:
Gambar di atas ni diambil masa Safiyyah berusia 5 bulan. Masa tu dia dah mula menunjukkan minat pada buku. Tidur pun dengan buku :). Dari awal lagi saya terapkan minat terhadap buku pada Safiyyah. Pada awalnya, Safiyyah diberi cloth book macam dalam gambar tu, kemudian beralih pula pada buku-buku jenis kadbod dan bila dia dah besar sikit baru bagi dia buku-buku yang menggunakan kertas biasa di dalamnya tu. Alhamdulillah sampai sekarang dia sukakan buku-buku, tak kira buku apa sekalipun
Cara saya merangsang anak membaca buku
- Terapkan minat pada buku sedari awal lagi (kena bagi anak cnitakan buku dulu)
- Perkenalkan anak dengan pelbagai jenis buku
- Baca sekali dengan anak
- Jadi contoh pada anak. Nak anak suka baca buku, mak ayah pun kena suka juga la baca buku
Alat bantu mengajar yang digunakan:
- Cloth book
- Buku-buku bergambar
- Buku-buku yang fancy (contoh: yang ada peek-a-boo dalamnya), bagi anak seronok..sambil baca sambil main
- Flash card
Nak join klik banner ye. Tarikh tutupnya: 30 April 2011
No comments:
Post a Comment