Tuesday, March 1, 2011

Contest : Family Sedondon

Saya join contest ni!

Nak join klik banner ye. Tarikh tutupnya: 15 Mac 2011


Gambar saya sekeluarga berbaju sedondon warna biru:

Gambar ni diambil masa raya tahun lepas. Baju kami bertiga ni disponsor mak ayah saya ^_^. Saya tak terfikir pun nak ada baju raya baru. Ingat nak recycle je baju kahwin macam tahun sebelumnya. Al-maklum la, duduk jauh di rantau orang, susah la sikit nak beli/tempah baju raya. Mak saya tiba-tiba bagitau dia dah belikan saya kain untuk dibuat baju raya dan nak beli baju Melayu siap untuk si menantu dan baju kurung siap untuk cucu kesayangan. Mak saya siap pesan lagi jangan bagitau menantu dia sebab dia nak buat surprise :D. Suami saya memang tak tahu-menahu langsung pasal hal ni. Saya rahsiakan daripada dia. Dapat-dapat je parcel daripada mak saya, terkejut dia ada baju Melayu untuk dia...warna kegemaran dia pulak tu! Happy sungguh dia masa tu. Saya pulak tergelak-gelak je...menjadi sungguh la surprise tu ^_^. Alhamdulillah, dapat juga la kami 3 beranak pakai baju raya sedondon tahun lepas :)

1 comment:

~emmie~ said...

as salam.. dah jenguk sini.. tenkgiu yer join contest...;)