Friday, February 18, 2011

CONTEST NAMA BABY SAYA

Saya join contest ni!

Nak join klik banner ni ye


Ni anak sulung saya...Wan Safiyyah Wan Zaki namanya..


Wan tu keturunan...suami saya nak kekalkan Wan tu dengan harapan salasilah keluarga tak terputus. Safiyyah maksudnya suci, bersih dan sahabat yang ikhlas. Safiyyah juga merupakan nama salah seorang isteri Rasulullah SAW.

Pemilihan nama ni ada 2 langkah. Mula-mula saya senaraikan nama-nama yang saya suka yang baik maksudnya. Daripada senarai tu...saya bagi pula pada suami untuk memilih nama yang dia berkenan dan akhirnya suami saya memilih nama Safiyyah untuk diberikan pada anak sulung kami. Dengan cara ni, saya dan suami sama-sama suka la dengan nama yang nak diberikan pada anak kami. Lebih adil macam tu bagi kami berdua :)

Nama Safiyyah dipilih sudah pastinya disebabkan maksudnya yang baik. Nama ni pun satu doa juga buat anak-anak. Saya selalu ingat yang setiap anak yang baru dilahirkan adalah suci. Bila ternampak salah 1 maksud nama Safiyyah (suci)...terus teringatkan hal tu. Harapan saya dan suami moga perwatakan Safiyyah seiring dengan nama yang kami beri padanya...moga hatinya sentiasa suci terpelihara daripada sifat-sifat mazmumah..

1 comment:

EZAN IDMA said...

Salam Kenal :) Thanks 4 join this contest. Goodluck :)