Sunday, February 27, 2011

GA Kasperskye Dari FARISZ@AZ.Com

Saya join GA ni!





Nak join klik SINI. Tarikh tutupnya: 28 Februari 2011

Saya tag:
  1. Kak Fa10
  2. Kak Nur
  3. Kakyong

Nasyid yang paling saya suka: Di Pondok Kecil dari kumpulan Nadamurni yang dah dinasyidkan semula oleh kumpulan Ae Man feat Bazli UNIC


Di Pondok Kecil

Di pondok kecil di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

Di suatu hari ayah berkata
Jaga adikmu ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
Air mata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis
Doakan ayah semoga sejahtera
Diam adik ku sayang jangan menangis
Walaupun ayah gugur pastinya dia syahid

Wahai abang ku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah

Duhai adik ku sayang jangan bersedih
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan ayah
Belajar berusaha walau di mana jua

Pada Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Ku iringi doa rahmati dia
Tempatkanlah ayahku bersama kekasihMu


Nasyid ni sayu sangat. Benar-benar menyentuh hati saya. Tiap kali dengar nasyid ni mesti air mata mengalir. Kisah 2 orang anak yang kehilangan ayah yang gugur sebagai seorang syuhada'. Pesanan ayah buat si abang, "Jaga adikmu, ayahkan pergi jauh" seolah-olah si ayah tahu yang dia akan pergi buat selama-lamanya meruntun hati si abang yang bagaikan mengerti itu adalah pesanan terakhir ayahnya. Si adik pulak yang tak faham apa-apa tertanya-tanya ke mana ayah mereka pergi. Itulah adat orang yang berjuang di jalan Allah.

Kisah ni juga mengingatkan saya kisah para Nabi, Rasul dan sahabat yang bertempur di medan perang meninggalkan ahli keluarga tersayang semata-mata mahu memastikan agama Islam tertegak di muka bumi. Mereka sangat mendambakan syahid di jalanNya..

1 comment:

Ismi Azraf said...

Terima kasih sertai,
Semoga berjaya