Friday, December 17, 2010

Contest Kenangan Terindah 2010

Saya join contest ni!



Saya pilih gambar ni sebagai kenangan terindah tahun 2010..

Gambar ni diambil pada 6 Jun 2010 di Walt Disney World, Orlando, Florida.

Ni salah 1 tempat yang kami pergi masa summer trip ke East USA selama 2 minggu penghujung bulan 5 lepas (read: Trip to....Disney World!!!). Memang seronok la dapat makan angin dan ni antara tempat yang kami enjoy sepanjang trip tu. Ye la, bukan senang nak pergi Disney World. Sementara kami duduk di US ni, masa ni la nak ambil kesempatan berjalan di tempat orang. Kalau saje-saje nak pergi Disney World dari Malaysia entah bila la. Tak berbaloi pun ye juga..tiket flight aje pun pun dah berapa..huhu. Alhamdulillah, rezeki kami dapat berjalan di perantauan ni.

Satu lagi sebab saya memilih gambar ni...gambar ni keluar di Berita Harian kat ruangan Salam Aidilfitri (boleh tengok SINI). Yang lebih terharunya...teman-teman blogger yang bagitau gambar kami dah keluar di Berita Harian. Happy sangat masa tu! Ye la, tak sangka la pulak teman-teman blogger boleh cam gambar kami anak-beranak padahal tak pernah bersua muka pun lagi dengan diorang. Terharu betul. Harap-harapnya 1 hari nanti dapat la jumpa diorang..


Saya nak tag:
  1. Kakyong
  2. Kak Fa10

Nak join juga klik banner atas tu ye. Tarikh tutupnya: 31 Disember 2010

1 comment:

Anonymous said...

Sangat2 cemburu tgk org dah pegi disneyland.. Huhu.. Seronoknya.. Lebih2 b'sama family tercinta... Harap2 dpt pergi jgk 1 day.. hehe.. Smoga bahagia slalu dear.. Thanks for join my contest.. n Gewd Luck..